Basmalah: Faedah Untuk Segala Hajat

 
Basmalah: Faedah Untuk Segala Hajat
Sumber Gambar: Foto (ist)

Laduni.ID Jakarta -Habib Ahmad Mashur Bin Taha Al-Haddad Radhiyallahu Anhu, sebagian Ulama berkata: "Jika kalian memiliki urusan, maka bacalah Basmalah 19 kali, sesuai dgn hitungan huruf2nya. Karena siir Al-Qur'an ada di surah Al-fatihah dan siir Al-fatihah ada di Basmalah nya dan siir Basmalah ada di huruf Ba' nya. Ini amalan mujarrab, Semoga bermanfaat".

Biografi Habib Ahmad Mashur Bin Taha Al-Haddad RA

Baqiyyatus Salaf Wa Sayyidul Khalaf Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad adalah salah seorang generasi Alawiyin yg paling berpengaruh di benua Afrika Timur dan biasanya digelar sbg seorang Mujaddid di sana.

Baca Juga: Tiga Dzikir Para Cendekiawan dan Faedah Mengamalkannya

Nasab

Habib Ahmad Masyhur bin Thaha bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Thaha bin ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Abdullah bin Thaha bin ‘Umar (adik bungsu kepada al-Imam ‘Abdullah al-Haddad) bin ‘Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad al-Haddad bin ‘Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Faqih Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Alwi (Ammu al-Faqih) bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi Khali’ Qasam bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Sayyidina al-Muhajir ilaLlah Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Hussin al-Sibth bin ‘Ali suami Fathimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah shalallahu alaihi wasallam.

Lahir

Dilahirkan di kota Qaidun yg terletak di Wadi Dau’an, Hadramaut sekitar tahun 1325H yang bersamaan dgn 1907 M, oleh ibundanya, Hababah Shofiyyah binti Thohir bin Umar al-Haddad radliyallahu anha. Ayahanda beliau, Habib Thoha bin ‘Ali bin ‘Abdullah al-Haddad Radhiyallahu Anhu, adalah seorang waliyullah yg khumul dan mastur, yg menghabiskan sebahagian besar usianya di Indonesia. Menjelang penghujung usia, barulah beliau kembali ke Hadramaut dan wafat disana. Bunda beliau, Hababah Shofiyyah adalah seorang ‘arifah billah dan huffadz al-Quran.

Baqiyyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad adalah seorang ulama, wali dan da`i dari keturunan Habib ‘Umar bin ‘Alawi al-Haddad Radhiyallahu Anhu, yg merupakan adik bungsu kepada al-Imam Habib Abdullah bin Alwy al-Haddad. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1325 H di Qaydun oleh seorang hababah sholehah lagi hafaz al-Quran iaitu Hababah Shofiyyah binti Thohir bin ‘Umar al-Haddad Radhiyallahu Anha.

Menuntut Ilmu

Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mendapat pendidikan awal daripada ibundanya, Hababah Shofiyyah. Suatu ketika, tatkala al-Imam al-Habib Hasan al-Atthas (wafat 1334H) berkunjung ke ribath Qaydun, Hababah Shofiyyah telah menyuruh anaknya, al-Habib Ahmad Masyhur yg ketika itu berusia sekitar 7 tahun, untuk melaksanakan sholat dibelakang al-Habib Ahmad bin Hasan bin Abdullah al-Atthas untuk mendapatkan keberkatan, kemudian al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas membacakan al-Fatihah baginya.

Seterusnya al-Habib Ahmad Masyhur mendapat pendidikan di Ribath Qaydun dari daripada dua ulama besar dari keluarga al-Haddad, pengasas kepada rubath tsb yaitu Habib ‘Abdullah bin Thohir al-Haddad Radhiyallahu Anhu (wafat 1367 H) dan saudaranya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad Radhiyallahu Anhu (wafat 1382). Di bawah dua ulama ini, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad RA mendalami lagi pengetahuan agamanya dalam bidang fiqh, tauhid, tasawwuf, tafsir dan hadits. Dalam usia muda, beliau telah hafal al-Quran dan menguasai berbagai lapangan ilmu agama, sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar pula di rubath tsb. Habib Ahmad yg tidak pernah jemu menuntut ilmu, turut menangguk ilmu di Rubath Tarim dgn para ulama yg mengajar di sana, diantaranya al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin Umar asy-Syathiri Radhiyallahu Anhu (wafat 1361H), al-‘Allamah al-Habib ‘Abd al-Baari bin Syeikh al-Aidarus Radhiyallahu Anhu dan banyak lagi.

Tatkala usia Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad menginjak 20, beliau telah dibawa oleh gurunya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad ke Indonesia. Di sana selain berdakwah, beliau bertemu dan meneruskan pengajian dgn ramai lagi ulama dari kalangan Saadah ‘Alawiyyin di sana, antaranya al-Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar (wafat 1344H), al-‘Arifbillah al-Habib ‘Abdullah bin Muhsin al-Atthas (wafat 1351H), Al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Muhammad bin Thohir al-Haddad (wafat 1373H), al-‘Allamah al-Mu’ammar al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Habsyi (wafat 1388H) Radhiyallahu Anhum dan banyak lagi. Kemudian al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad ke Mukalla, untuk belajar kepada al-‘Arifbillah al-Habib Ahmad bin Muhsin al-Haddar Radhiyallahu Anhu. Beliau adalah antara guru yg banyak memberi kesan dari sudut rohani, kepada al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad RA.

Pribadi

Beliau adalah seorang yg sentiasa menjaga wirid harian dan sholat2 sunnah. Tidak pernah meninggalkan sholat malam, walaupun beliau dalam musafir. Pendek kata, kehidupan yg beliau mencontohi kehidupan Rasulullah shalallahu alaihi wasallam. Setiap gerak gerik, tutur kata dan senyuman beliau menyegarkan ingatan para pencintanya, akan kehadiran Rasulullah shalallahu alaihi wasallam. Tiada yg melihat wajah beliau, melainkan akan mengingati Allah.

“Haibah” padanya menyebabkan orang yg melihat beliau berasa hormat, namun kelembutan dan hormatnya pada semua orang, melembutkan hati mereka yang hadir ke maslis beliau. Mereka akan terlupa segala masalah dan dapat menikmati pengalaman diterima oleh seseorang yg cukup hampir dengan Allah dan Rasul-Nya. Beliau menghabiskan usianya dgn beribadah dan berdakwah mengajak manusia kepada agama Allah. Beliau seorang yg sedikit berbicara dan banyak berfikir. Tawanya hanyalah berupa senyuman. Beliau berbicara mengikut tingkat pemahaman seseorang. Beliau berusaha keras untuk duduk bersama mereka yg dhaif, sakit dan miskin sengsara.

Baca Juga: Pengantar Kitab Syajaratul Ma’arif (3): Buah Ma’rifah dan Faedahnya

Dakwah

Pertama kali al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mengembara ke Afrika Timur untuk berdakwah ialah pada tahun 1347H. Beliau memasuki walayah Zanzibar dan disambut dgn penuh penghormatan. Ketika itu di Zanzibar terdapat seorang ulama bernama al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith (foto sebelah). Pada bulan Ramadhan, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad tinggal di Masjid Jami’ dan mengajar tafsir al-Quran, bermula dgn surah al-Faatihah. Selama 25 hari beliau membicarakan tentang firman Allah: إياك نعبد وإياك نستعين.

Pada tahun 1350/1 beliau kembali ke Afrika, dalam perjalanannya melaksanakan ibadah haji. Beliau memasuki pelabuhan utama Kenya, Mombasa. Sewaktu di Mombasa, beliau mendapat tahu mengenai al-Habib Sholih bin ‘Alwi Jamalullail (beliau di kenal dgn nama Habib Swalleh Jamallely oleh masyarakat tempatan) yg menetap di Lamu, Kenya. Beliaulah yg melaksanakan pembacaan Maulid Simtud Durar setiap tahun di Lamu, Kenya. Majlis maulid yg diselengara di di hadiri oleh masyarakat dari Malawi, Afrika Selatan, Mozambique, Pulau Komoro, Uganda, Somalia, Tanzania dan lain2 (sehingga kini ianya masih diadakan dihadiri oleh ribuan orang).

Mendengar kehadiran al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad, Al-Habib Sholih Jamalulail mengutuskan anaknya ke palabuhan untuk menyambut al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad. Mereka bertemu dan bersama2 menunaikan sholat dhuhur di Masjid al-Riyadh, Lamu. Sewaktu pertemuan ini al-Habib Sholeh bin ‘Alwi Jamalulail sudah berusia lebih kurang 80 tahun.

Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad menulis surat menceritakan keadaan di Afrika kepada guru beliau, al-Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad di Indonesia. Beliau juga menceritakan pertemuan beliau dengan al-Habib Sholeh Jamalullail.

Setelah itu, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad kembali ke Kenya untuk meneruskan usaha dakwah dan menyebar risalah nendanya yg mulia, Junjungan Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam. Beliau menetap di Mombasa, Kenya. Dan dari situlah beliau melancarkan dakwahnya ke seluruh pelosok benua Afrika.

Pada tahun 1375 H /1955 M, beliau berhijrah pula ke Kampala, Uganda dan menetap di situ sekitar 13 tahun. Beliau mendapat bantuan dan bimbingan dari al-‘Arifbillah al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith Radhiyallahu Anhu, yg menetap di Zanzibar. Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith sering menjunjungi al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad di Kenya. Dan pada tahun 1376H, beliau menziarahi al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad di Kampala.

Habib Ahmad dgn sungguh2 dan gigih memanfaatkan masa dan tenaga beliau untuk berdakwah menyeru umat kepada agama yg diredhai Allah walaupun beliau terpaksa meredah hutan dan merentasi gurun untuk sampai ke perkampungan2 di Afrika seperti kawasan daerah Aqzam, sebuah kawasan pendalaman yg terpencil di Conggo. Dan hasil dari kegigihan dan kesungguhan beliau berdakwah, sepanjang berada di bumi Afrika, ratusan ribu yg memeluk agama Islam ditangan beliau.

Di samping itu, beliau turut mengorbankan harta bendanya untuk agama dgn membangunkan banyak masjid dan madrasah dalam rangka dakwahnya di sana. Untuk memudahkan usaha dakwahnya, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mempelajari bahasa Swahili iaitu bahasa yg digunakan oleh penduduk Timur Afrika. Di dalam bergaulan hariannya, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mengunakan bahasa Swahili untuk berkomunikasi. Namun di majlis2 umum beliau mengunakan bahasa ‘Arab untuk menyampaikan ceramah. Ini adalah karena bahasa ‘Arab adalah bahasa al-Quran dan bahasa yg digunakan oleh nenda beliau, Sayyiduna Rasulullah  shalallahu alaihi wasallam. Hal ini beliau lakukan untuk menegaskan betapa penting dan mulianya bahasa ‘Arab. Pada tahun 1389H, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad kembali dari Uganda ke Kenya, dan kemudiannya menetap di sana. Beliau setiap tahun mengerjakan ibadah haji.

Banyak pemuda Afrika yg belajar dgnnya, yg kemudian menjadi Qadhi, guru agama dan pendakwah. Beliau sendiri pergi ke segenap kawasan, hutan maupun gurun, untuk berdakwah terutamanya di Uganda, Congo, Tanzania dan negara2 Afrika Timur lain. Beliau mendirikan banyak Masjid dan sekolah serta mengislamkan banyak orang di sana.

Usaha dakwah Al-Habib Ahmad di Kenya dan Uganda telah menyebabkan peningkatan yg begitu besar jumlah ummat Islam. Sebagai seorang guru yg tidak pernah mengenal penat, masyarakat yg menginginkan ilmu, barakah atau nasihat berbondong2 datang ke rumahnya. 

Ulama ahlulbait ini telah menaburkan jasa yg sangat besar di Afrika Timur. Menurut Syeikh Yahya Rhudus, beliau telah mengislamkan lebih dari 300,000 orang selama berdakwah di bumi Afrika Timur. Dan ada yg mengatakan bahwa beliau telah mengislamkan lebih dari 500, 000 orang. Tidak syak lagi ini adalah salah satu karomah yg Allah anugerahkan kepada beliau.

Al-Habib Ahmad Masyhur benar2 menghambakan diri sepenuhnya hanya untuk Allah. Beliau sentiasa menjaga wirid dan solat sunnah. Tidak pernah tinggal untuk bangun menunaikan Qiamullail hatta ketika musafir.

Setiap gerak, kalimah dan senyuman beliau menyegarkan ingatan kita akan kehadiran Rasulullah. Tiada yang melihat wajah beliau melainkan akan ingat Allah. “Haibah”nya menyebabkan mereka yg melihat merasa hormat, namun kelembutan dan hormat pada semua, melembutkan hati mereka yang hadir. Mereka akan terlupa segala masalah dan dapat menikmati pengalaman yg diterima oleh seseorang yg cukup dgn Allah dan RasulNya.

Di penghujung hayatnya, Al-Habib Ahmad sering bolak balik dari Afrika ke Makkah dan Madinah. Saat usianya sudah semakin lanjut, beliau menetap di Jeddah bersama keluarganya. Rumahnya sentiasa terbuka buat para tamu. Mereka mendapati dirinya seorang mursyid, pembimbing yg ikhlas dan seorang alim yg hebat.

Baca Juga: Bacaan Shalawat Fatih dan Faedah Membacanya

Karangan

Biarpun sibuk dgn berdakwah dan mengajar, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad juga ada menulis. Diantara kitab-kitab karangan beliau tulis adalah:

1. Miftahul Jannah (merupakan kitab beliau yg paling masyhur. Telah diterjemahkan oleh murid beliau, Syeikh Musthafa Hasan al-Badawi ke dalam bahasa Inggris dan ianya tersebar luas di Eropah. Juga ada diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia);

2. Majmu` Fatawa;

3. Syarh Nadzam Sa`id bin Nabhan;

4. Ad-Durratun Nafi`ah;

5. As-Sabhatuts Tsamina

6. Al-Maslak al-Faa`ih fi Ahkam ash-Shoid wa adz-Dzabaa`i

7. Risalah fi Tadwin as-Sunnah an-Nabawiyyah

Di samping itu, beliau turut meninggalkan beberapa rangkaian ucapan sholawat yg indah dan penuh asrar dan keberkatan. Antara sholawat gubahan al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad adalah satu sholawat yg menyebut penciptaan Junjungan Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam, daripada nur kepunyaan Allah, yg berbunyi:

Artinya :

"Wahai Allah, Tuhan sumber cahaya alam semesta
Limpahkan sholawat atas Junjungan yg Engkau cipta
Dari nur milikMu ciptaan indah tiada tara
Dan ampunilah aku serta sinarilah hatiku yg alpa
Dengan makrifatMu terang bercahaya
Juga dgn makrifatnya akan diriMu yg Maha Mulia
Atas keluarga serta sahabat baginda limpahkanlah sama Limpahan sholawat dan salam sejahtera"

Juga diceritakan oleh al-Quthub al-Habib Hasan bin 'Abdullah al-Haddad rahimahullah, bahwa sepanjang tempoh 40 hari sebelum wafatnya Imam al-Haddad rahimahullah, beliau banyak berzikir dgn dua kalimah tasbih :

   " سبحان الله وبحمده , سبحان الله العظيم"

 Pasti pilihan Habib Ahmad Masyhur untuk memperbanyakkan hari2 akhirnya di muka bumi yang fana ini dgn ucapan tsb punya rahasia yg tertentu. Sesungguhnya, dua lafadz tasbih tsb merupakan suatu lafadz dzikir yg jami` menghimpunkan ganjaran dan balasan yg tidak terkira2.

Wafat

Pada penghujung hayatnya, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad sering berulangalik daripada Afrika ke Makkah dan Madinah. Tatkala usia beliau semakin lanjut, beliau memilih untuk menetap di Jeddah bersama ahli keluarga beliau. Pada hari Rabu, 14 Rajab 1416 H bersamaan 6 Disember 1995 M, di Jeddah dalam usia menghampiri 90 tahun, beliau kembali kerahmatullah. Jenazah beliau disholatkan di Jeddad diimamkan oleh Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahullah (al-Marhum) dgn kehadiran al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf rahimahullah. Jenazah beliau yg mulia, kemudian telah dibawa ke Makkah dan disholatkan sekali lagi di hadapan Ka’bah al-Musyarrafah, sebelum dimakamkan di Hauthah Saadah al-‘Alawiyyin di Jannatul Ma’la Makkah.

Selain dakwah di Afrika dan murid2 yg kemudian menjadi Masyaikh, Al-Habib Ahmad juga meninggalkan khazanah yang bernilai. Tulisannya yg paling masyhur berjudul kitab Miftahul Jannah (Kunci Surga).

Wallahu a'lam bish shawab

Syaikh Muhammad Sadiq Alawi, Vol 2 Dartaibah Alqura’ https://pustakapejaten https://samsulbakry.blogspot.com https://sayyidfajar.blogspot.com and other sources, by Al-Faqir Ahmad Zaini Alawi Khodim JAMA'AH SARINYALA

نفعنا الله بعلومهم وامدنا بأسرارهم واعاد علينا من بركاتهم وعلومهم وانوارهم في الدين والدنيا والآخرة.

اِلَى حَضْرَةِ النَّبِىِّ الْمُصْطَفى صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ وَالِهِ وَصَحْبِه خُصُوْصًا اَهْلَ بَدْرٍ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَ الاَنْصَارِ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمْ وَنفَعَنَا بِعُلُوْمِهِمْ وَاَمَدَّناَ بِاَسْرَارِهِمْ وَاَعَادَ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكَاتِهِمْ فِى الدَّارَيْنِ آمِينْ. الفاتحة

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ . الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ،  الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ، إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ، اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ، صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ. أمين

— at Majelis Dzikir Jamaah Sarinyala.