Laduni.idLaduni.idLayanan Dunia Islam✦ Laduni+Masuk
Beranda · Khazanah · Ulama · Syaikh Mohammad Khalil Al-Khatib
✓ Terverifikasi Tim Riset

Syaikh Mohammad Khalil Al-Khatib

1909 – 1986 M · 8.167 kali dibaca · Profil Ulama

🕸 Buka Silsilah
Ringkasan Laduni AI

Syaikh Mohammad Khalil Al-Khatib muda menghafal Al-Qur'an semenjak kecil lagi dan berjaya menyelesaikan hafalannya ketika berusia 10 tahun. Setelah itu beliau mula menghafal sebagian besar matan-matan ilmu sebelum melanjutkan pelajaran di Maahad Suhaj Al Dini.

Dirangkum dari 14 sumber terverifikasi · lihat sumber

Riwayat Singkat

Daftar Isi

1.    Riwayat Hidup dan Keluarga
1.1  Lahir
1.2  Nasab
1.3  Riwayat Keluarga
1.4  Wafat

2.    Sanad Ilmu dan Pendidikan
2.1  Pendidikan
2.2  Guru-Guru

3.    Perjalanan Hidup dan Dakwah
3.1  Memimpin Madrasah Syazuliyyah Khalwatiyyah
3.2  Pengajar di Maahad Ahmadi

4.    Karya-Karya
5.    Referensi

1. Riwayat Hidup dan Keluarga

1.1  Lahir
Syaikh Mohammad Khalil Al-Khatib lahir di Desa Naidah, Markaz Akhmim, Muhafazah Suhaj, Mesir pada hari Selasa, 9 Mei 1909 (16 Safar 1327). Beliau merupakan anak tunggal kepada pasangan Sayyid Khalil dan Sayyidah Na'isah.

1.3 Nasab
Beliau merupakan Al 'Allamah Al-Muhaddith Al-Muhaqqiq Al-Faqih Al-Imam Al-Lughawi Sayyid Muhammad bin Khalil bin Muhammad bin Sayyid bin Ismail bin Ahmad Al Khatib bin Al-Tunajji bin Salim bin Salam bin Salam bin Sa’adullah bin Afandi Muhammad bin ‘Aliyu bin Al Bakri bin Ismail bin Muhammad bin Ismail bin Al-Qasim Al-Rassi bin Ibrahim Tobatoba bin Ismail bin Ibrahim Al-Fakhr bin Al-Hasan Al-Muthanna bin Imam Hasan Al-Sibt bin Amirul Mukminin Imam Ali dan Sayyidah Fatimah Azzahra binti Sayyiduna Muhammad Rasulullah SAW.

1.4 Keluarga
Beliau menikah dengan Sayyidah Aminah binti Abdul Rahman Al-Khatib ketika berusia 27 tahun dan dikaruniai 5 putra-putri yaitu: Sayyid Muhammad, Sayyid Mustafa, Sayyidah Mahmud, Sayyid Ahmad, dan Sayyid Iman.

1.2 Wafat
​Beliau wafat pada hari Jumat, 21 Februari 1986 (12 Jamadil Akhir 1406) dalam usia 77 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Masjid Al-Muhafazah, Tanta. Semoga Allah meredhai beliau serta membalas jasa-jasa beliau dengan sebaik-baik pembalasan. Amin. 

2. Sanad Ilmu dan Pendidikan

2.1 Pendidikan
Syaikh Mohammad Khalil Al-Khatib muda menghafal Al-Qur'an semenjak kecil lagi dan berjaya menyelesaikan hafalannya ketika berusia 10 tahun. Setelah itu beliau mula menghafal sebagian besar matan-matan ilmu sebelum melanjutkan pelajaran di Maahad Suhaj Al-Dini. Beliau berjaya menamatkan pengajiannya di Maahad tersebut dengan memperoleh Syahadah Ibtidaiyyah pada tahun 1924 M (1342 H) ketika berusia 15 tahun.

Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah sehingga memperoleh Syahadah Thanawiyyah Azhariyyah pada tahun 1928 (1346) ketika berusia 19 tahun. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar Al Syarif, Kaherah sehingga berjaya memperoleh ijazah Syahadah 'Alamiyyah pada tahun 1933 (1357) ketika berusia 24 tahun.

Kemuncaknya, beliau berjaya memperoleh Syahadah Takhassus (Ph.D) dalam bidang Bahasa Arab pada tahun 1936 (1354) ketika berusia 27 tahun.

2.2 Guru-Guru
Sayyid Muhammad Khalil Al-Khatib merupakan seorang faqih bermazhab Hanafi. Namun begitu, beliau juga seorang alim lagi faqih dalam mazhab yang empat. Sering kali dalam majlis pengajiannya, beliau akan menjawab persoalan mengenai fiqih dengan mengemukakan pandangan daripada setiap mazhab. Beliau melalui masyrab sufi

Sebagian bacaan ini khusus anggota Laduni+. Buka biografi lengkap, karya, sanad & silsilah — plus Laduni AI bersanad untuk bertanya kapan saja.

Jadilah anggota Laduni+

Mulai Rp20.000/bulan — full artikel, silsilah, hadis & asbabul wurud penuh, unduh PDF, dan Laduni AI bersanad. Tersedia 3 paket, pilih yang paling pas.

Lihat Paket Laduni+