Hammad bin Abi Sulaiman tabiin ulama ahli fiqih ahli tafsir islam muslim
Dirangkum dari 14 sumber terverifikasi · lihat sumberRiwayat Singkat
Laduni.ID Jakarta – Nama lengkap Hammad bin Abi Sulaiman al-Kufi. Asal keturunan beliau adalah dari Asbahan (nama sebuah bandar di Khurasan). Ayah beliau adalah wala’ (di bawah penguasaan) al-‘asy’ariyyin (nisbah kepada kerabat Abu Musa al-Asy’ari). Ini kerana ayah beliau masuk Islam di tangan Abu Musa Al-Asy’ari. Justeru, ayah beliau juga digelar ‘Maula Al-Asy’ariyyin’ sepertimana yang disebut adz-Dzahabi di atas yang berarti bertuankan al-Asy’ariyyin. Ketika ayah beliau menetap di Daumah Jandal (dikatakan sebuah tempat di Madinah Hisn di Syiria-Syam berhampiran gunung Toyyi’), Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan menghantar Abu Musa al-Asy’ari ke tempat tersebut untuk menyampaikan Islam. Maka, Islamlah beliau di situ
Baca Juga: Biografi Ibnu Syihab Azzuhri
Contents
Riwayat Hidup
Tidak disebutkan oleh mana-mana sumber berkenaan tarikh yang tepat kelahiran beliau, akan tetapi disebutkan bahawa beliau adalah di kalangan Shigar Tabiin(Tabi’in peringkat rendah) kerana hanya sempat bertemu dengan seorang sahabat sahaja iaitu Anas bin Malik r.a., tetapi tidak banyak meriwayatkan hadis dari Sayyidina Anas. Oleh kerana beliau wafat pada tahun 120 hijrah, atau dalam sumber yang lain, 119 hijrah dalam keadaan separuh umur(30 hingga 50an). Maka sumber-sumber berpendapat bahawa melalui maklumat-maklumat di atas, dianggarkan beliau lahir sekitar 1/3 akhir kurun pertama hijrah.
Baca Juga: Biografi Imam Malik bin Anas
Wafat
Wafat pada tahun 120 H.
Keturunan
Ismail bin Hammad
Pendidikan dan Sanan Keilmuan
Hammad bin Abi Sulaiman belajar kepada banyak ulama, di antaranya:
- Aamir bin Syurahbil
- Said bin Musayab
- Syekh Hasan Al Bashri
- Ibrahim bin Yazid An Nakho'i
- Sayyidina Anas bin Malik r.a.
- Abi Wail
- Zaid ibn Wahab
Akan tetapi beliau paling lama berguru dengan Imam Ibrahim An-Nakha’i, mengambil ilmu fiqh darinya, bahkan beliaulah yang paling hebat dan faqih di antara murid-murid Ibrahim An-nakha’i yang lain. Hinggakan Ibrahim An-Nakha’i sendiri mewasiatkan murid-muridnya yang lain untuk m
Sebagian bacaan ini khusus anggota Laduni+. Buka biografi lengkap, karya, sanad & silsilah — plus Laduni AI bersanad untuk bertanya kapan saja.
Mulai Rp20.000/bulan — full artikel, silsilah, hadis & asbabul wurud penuh, unduh PDF, dan Laduni AI bersanad. Tersedia 3 paket, pilih yang paling pas.

