Imam Khatib asy-Syirbini

Imam Khatib asy-Syirbini
Nama, Kelahiran, dan Wafatnya
Nama lengkap Imam Khatib asy-Syirbini adalah Muhammad bin Ahmad Asy-Syarbini al-Khatib. Beliau lebih dikenali sebagai Khatib asy-Syirbini. Beliau dilahirkan di Kaherah, Mesir pada tahun 916 H dan meninggal dunia pada tahun 977H.
 
Menuntut Ilmu
Imam Khatib asy-Syirbini  memulakan pendidikan awalnya dengan mempelajari al-Quran, nahu, saraf, fiqh, tauhid, akhlak, sejarah Islam dan lain-lain. Kemudian, beliau meneruskan pelajarannya ke tingkat yang lebih tinggi dengan belajar dibawah bimbingan beberapa ulama besar yang hidup ketika itu, diantaranya Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari (w.926H), Syihabuddin al-Ramli (w.848H) dan beberapa ahli fiqh Mazhab asy-Syafi’e yang lain, seperti Ahmad al-Barlasi, Nuruddin al-Mahalli, dan Badruddin al-Masyhadi. Daripada para ulama tersebut beliau mendapat keizinan untuk  memberi pelajaran kepada murid-murid yang datang kepadanya dan memberi fatwa kepada orang yang bertanya kepadanya tentang masalah-masalah keagamaan.


Akhlaknya

Imam Khatib asy-Syirbini masyhur sebagai seorang yang warak, zuhud, dan banyak beribadah. Diceritakan bahawa salah satu kebiasaannya ialah melakukan iktikaf di dalam masjid sepanjang bulan ramadhan. Disebutkan pula bahawa apabila belia menunaikan haji, beliau lebih banyak berjalan kaki daripada menunggang binatang kendaraannya. Beliau hanya menunggang unta setelah sangat letih dalam perjalanan.
 
Metodelogi ilmiahnya
Dalam konteks ilmu pengetahuan, Imam Khatib asy-Syirbini mencurahkan pengetahuannya melalui penulisan buku, tetapi sebagian besar karyanya merupakan komentar kepada karya-karya yang telah ada sebelumnya. Namun usaha yang dilakukan oleh beliau tidak menghalanginya untuk mencurahkan buah pikirannya sendiri, terutama dalam perincian permasalahan.

Diantaranya Kitab Karya-karyanya:
1. Kitab Al-Iqna’ Fi Hall Alfaz Abi Syuja’, sebuah komentar atas kitab fiqih karya Abu Syuja’ (437-488) yang berjudul Gayah al-Ikhtisar.
2. Kitab Syart an-Tanbih, komentar atas karya Ibrahim bin Ali bin Yusuf bin Abdullah Abu Ishaq asy-Syirazi (w. 476 H/ 1083 M).
3. Kitab Mugni al-Muhtaj Ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj, komentar atas karya Imam an-Nawawi yang berjudul Minhaj at-Talibin.
4. Kitab As-Siraj al-Munir (pelita yang bersinar), sebuah kitab tafsir, terdiri atas empat jilid.
5. Kitab Fath al-Kholiq Fi Hal Alfaz Kitab Alfiyah Ibnu Malik, komentar atas kitab nahu yang berjudul Al-Alfiyah (seribu bait syair), karya Ibnu Malik (ahli bahasa Arab).
6. Kitab Syu’ab al-Iman Syart Minhaj Ad Din (cabang-cabang Iman: Komentar atas (kitab) Jalan Agama (karya al-Jurjanji).
 

Sumber: Dari Berbagai Sumber

 

Info lengkap tentang biografi ulama, silakan buka di http://wiki.laduni.id/Main_Page