Memandang Empat Perkara Ini Berpahala

 
Memandang Empat Perkara Ini Berpahala

LADUNI. ID, KOLOM-Islam merupakan agama yang universal syariatnya, segala sesuatu itu bernilai positif bahkan berkatagori ibadah yang diganjarkan dengan pahala termasuk dengan senyuman. 

Banyak hal lain yang bernilai pahala seperti memandang laut, melihat wajah orang tua dan lainnya. Telah diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW berkenaan persoalan yang telah dikemukakan, hadis ini telah disebutkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam al-Gharaib al-Multaqitah Min Musnad al-Firdaus. Beliau berkata 

قال أبو نعيم : حدثنا عبد الله بن محمد بن جعفر ، حدثنا عبد الله بن محمد بن زكريا ، حدثنا سعيد بن يحيى ، حدثنا زافر ، عن أبي عثمان ، عن يحيى بن سعيد ، عن محمد بن إبراهيم ، عن عائشة ، قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " النَظَرُ فِي ثَلَاثَة أَشْيَاءَ عِبَادَةُ ، النَظَرُ فِي َوجْهِ الَأَبوَيْنِ  وِفِي المُصْحَفِ ، وَفِي البَحْرِ

Maksudnya :” Abu Nuaim berkata :” Abdullah Bin Muhammad Bin Jaafar menceritakan kepada kami : Abdullah Bin Muhammad bin Zakaria menceritakan kepada kami : Sa’id bin Yahya menceritakan kepada kami : Zafir menceritakan kepada kami daripada Abu Uthman daripada Yahya Bin Said daripada Muhammad bin Ibrahim daripada ‘Aisyah r.anha. Beliau berkata : Rasulullah saw bersabda : “Melihat pada tiga perkara (ini) adalah ibadah : melihat kepada wajah kedua ibu bapa, melihat mushaf (al-Quran) dan melihat laut.”

Bahkan dengan sanad yang sama, hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Dailami daripada sahabat yang sama iaitu Ummul Mukminin ‘Aisyah r.anha :

النَّظَرُ إِلَى الْكَعْبةِ عِبَادَة، وَالنَّظَرُ إِلَى وَجْهِ الْوَالِدَينِ عِبَادَةٌ، وَالنَّظَرُ فِي كِتَابِ اللَهِ عِبَادَةٌ

 :”Melihat kaabah adalah ibadah, melihat kepada wajah kedua ibu bapa adalah ibadah dan melihat kitab Allah (al-Quran) adalah ibadah.”

Hadis ini tidak diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis muktabar seperti al-Kutub al-Sittah dan lain-lain melainkan hanya terdapat di dalam Musnad al-Firdaus

Berdasarkan hadist ada tiga perkara apabila memandang mendapatkan pahala, namun ada hadist lain yang menjelaskan termasuk memandang Ka'bah juga bernilai ibadah dan dianjurkan. Ini disebutkan dalam riwayat Abu Daud, Rasulullah bersabda : “Melihat pada tiga perkara
adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa,melihat al-Quran dan melihat lautan.” (HR. Abu Nuaim) dan ditambah dengan “Melihat Ka’abah” dalam riwayat Abu Daud).

Beranjak dari hadist diatas ada empat perkara yang berpahala apabila kita memandangnya, tentunya dengan mata sebagai anugerah Allah SWT kita dapat mempergunakan untuk meraih ladang pahala ini. Sekali lagi marilah kita berfastabqul khairat dan jauhilah  permusuhan serta saling mencela juga kita berharap senyuman manis husnul khatimah menjemput kita di akhir hayat. Wallahu 'Alam Bishawab

Wallahu Muwaffiq Ila Aqwamith Tariq

***Helmi Abu Bakar El-Langkawi, Masyarakat Pecinta Kedamaian dan Ukhuwah asal Blang Dalam,  Bandar Dua, Pidie Jaya.