Beberapa Karya dalam Bahasa Melayu  berkaitan dengan kitab Umm al-Barahin

 
Beberapa Karya dalam Bahasa Melayu  berkaitan dengan kitab Umm al-Barahin

LADUNI. ID, KITAB -Salah satu kitab aqidah yang termasyhur bernama Umm al-Barahinم البراهي).  Kitab ini dalam bidang akidah yang terkenal di kalangan para ulama Ahli Sunnah wa al-Jama’ah dari aliran al-Asya’irah yang dikarang oleh al-Imam Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al- Hasani al-Tilimsani (832-895H)

Kitab ini telah disyarih oleh banyak ulama dalam beberapa jenis bahasa termasuk bahasa Melayu. Diantara karya-karya dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan kitab Umm al-Barahin

1.       Kitab ‘Aqidah al-Najin fi `Ilm Usul al-Din. Kitab ini dikarang oleh al-Syaikh Zayn al-‘Abidin bin Muhammad al-Fathani. Ia dicetak di Matba‘ah bin Halabi, Thailand. Kata al-Syaikh Zayn al-`Abidin:

 

“ Telah membaiki Allah Ta`ala bagiku dan bagi mereka itu akan bahawa aku suratkan bagi mereka itu suatu kitab pada menyatakan ilmu usuluddin pada hal aku terjemahkan daripada Muqaddimah Syaikh Sanusi serta aku tambahkan atasnya daripada beberapa kalam syarahnya dan hasyiahnya supaya nyata maksud daripada kalam syaikh itu dan jikalau tiada aku ahli bagi yang demikian itu sekalipun tetapi i`timadku kepada tawfiq al-Karim al-Wahhab.

Kitab ini telah disempurnakan penulisannya oleh Syaikh Zayn al-‘Abidin pada hari Sabtu bulan Jamad al-Akhir, tahun 1308 Hijrah. 

2.  Kitab Bidayah al-Hidayah Syarh Matn Umm al-Barahin. Kitab yang dikarang oleh al-Syaikh Muhammad Zayn Ibn al-Faqih Jalal al-Din ini dicetak di Matba`ah bin Halabi, Fatani, Thailand. Kitab ini merupakan himpunan huraian dan ulasan terhadap kitab Umm al-Barahin di dalam bahasa Melayu (Jawi). Ia dikhususkan untuk golongan yang baru mendekati ilmu akidah.

3. Kitab Siraj al-Huda Pada Menyatakan `Aqidah Ahl al-Taqwa. Kitab ini dikarang oleh al-Syaikh Muhammad bin Zayn al-Din bin Muhammad Badawi al-Sambawi. Kitab ini adalah huraian kitab Umm al-Barahin dalam bahasa Melayu. Kata al-Syaikh Muhammad bin Zayn: 

“ Dan kemudian daripada itu maka sungguhnya telah meminta akan hamba oleh setengah daripada orang yang tiada meluaskan akan hamba oleh menyalahi akan dia bahawa hamba surat akan risalah yang yang indah dengan bahasa jawi hal keadaannya menjadi Syarah atas matan Umm al-Barahin 

4.  Kitab al-Muqaddimah al-Kubra allati Tafara`at Minha al-Natijah al-Suhgra. Kitab ini dikarang oleh al-Syaikh Isma’il Ibn al-Fadil ‘Abdullah al-Khalidi al-Naqshabandi. Kitab ini merupakan himpunan huraian dan ulasan kitab Umm al-Barahin. Kata Syaikh Isma’il:

“ Dan kemudian daripada itu maka inilah suatu risalah yang dipindahkan akan dari segala kitab usul al-din ertinya segala pohon agama daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu, iaitu dipindahkan daripada Syarh Umm al-Barahin, karangan imam al-Sanusi dan mengait syarahnya itu jua al-Hudhudi Syarh Umm al-Barahin itu juga dan Tilimsani Sharh Umm al-Barahin itu jua dan Syarh Umm al-Barahin itu jua bagi al-Sanusi itu dan lainnya daripada segala kitab yang diambil faqir sedikit-sedikit sekadarkan dapat difahamkan oleh yang baharu belajar ilmu usul al-din yang berkehendak ia kepada menuntut perkataan-perkataan matan kitab yang bernama Umm al-Barahin karangan Imam al-Sanusi ”

Kitab ini selesai dikarang oleh Syaikh Isma`il pada 15 Jamad al-Akhir, tahun 1304 Hijrah. Isi kandungan kitab ini dipersembahkan oleh Syaikh Isma`il dalam bentuk soal jawab.       

5.  Kitab Miftah al-Jannah. Kitab ini dikarang oleh Muhammad Tayyib Ibn Mas`ud al-Banjari. Kitab ini juga merupakan himpunan huraian kitab Umm al-Barahin yang disusun kembali oleh pengarang mengikut kesesuaian sasaran pembaca. Pengarang juga menambah beberapa keterangan untuk menjelaskan lagi maksud ungkapan ungkapan perkataan yang terkandung di dalam kitab Umm al-Barahin. Kata al- Syaikh Muhammad Tayyib;

“ Maka aku pungut bagi mereka itu segala simpulan iman daripada kitab Umm al-Barahin dengan bahasa mereka dan aku datangkan dengan dalil pada sisi madlulnya dan aku nyatakan segala makna tiap-tiap ‘aqa’id itu dengan barang yang aku tilik akan dia daripada segala syarah dan segala hashiyah atas jalan memendekkan kerana memudahkan mereka itu

Ringkasan kitab Umm al-Barahin


Kitab Umm al-Barahin telah dibuatkan ringkasan oleh Imam al-Sanusi sendiri melalui karyanya yang berjudul `Aqidah Sughra al-Sughra. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab `Aqidah al-Sughra. al-Sanusi hanya menyenaraikan isi-isi penting kandungan akidah dengan huraian yang amat ringkas. Ia bolehlah diklasifikasikan sebagai nota ilmu akidah.

al-Sanusi sendiri, kemudiannya telah menghuraikan kitab ‘Aqidah Shughra al-Shughra melalui karyanya Syarh Shughra al-Shughra. Di samping itu, al-Sanusi juga ada menyusun sebuah ringkasan bagi kitab `Aqidah Sughra Sughra  dengan karyanya `Aqidah Sughra Sughra al-Sughra.