Biografi Syekh Yusuf bin Muhyidin Al-Hasani

 
Biografi Syekh Yusuf bin Muhyidin Al-Hasani
Sumber Gambar: foto ist

Daftar Isi Biografi Syekh Yusuf bin Muhyidin Al-Hasani

1.         Riwayat Hidup
1.1       Lahir

2.         Sanad Ilmu dan Pendidikan Beliau
2.1       Perjalanan Menuntut Ilmu
2.2       Guru Beliau

3.         Karier
3.1       Karier Beliau

4.         Kalam Mutiara Syekh Yusuf

5.         Referensi

6.        Chart Silsilah Sanad

1.         Riwayat Hidup
1.1       Lahir

Syekh Yusuf bin Muhyidin Al-Hasani lahir di Libanon pada tahun 1948. Beliau berkewarganegaraan Libanon.

2.        Sanad Ilmu dan Pendidikan Beliau
2.1      Perjalanan Menuntut Ilmu

Pada awalnya, beliau menuntut ilmu di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di Institut Fiqah (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun. Beliau melanjutkan Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan selesai pada tahun 1989. Seterusnya, beliau dianugerahkan ijazah Kedoktoran (Ph.D) Kerhormat daripada Universiti Islam Lubnan pada tahun 1991.

Menyelesaikan Pendidikan Tingkat Atas di Libanon 1967 M Menyelesaikan Pendidikan pada Institut Hukum Islam di Fakulti Syariah Islam di Universiti Islam Syria 1974 M Menyelesaikan Pendidikan Hukum Islam dan Hukum Sivil internasional pada Fakulti Syari'ah Islam dan Hukum Universiti Al-Azhar 1989 M

2.2       Guru

  1. Syeikh Al-Mursyid Sidi Abdul Qadir Isa,
  2. Syeikh Muhammad Al-Hasyimi,
  3. Syeikh Sa'duddin Murod,
  4. Syeikh Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf,
  5. Sheikh Soleh Farfur ( thariqat As-Syadziliyah)
  6. Syeikh Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Alawi Al-Maliki (Thariqat Alawiyah )
  7. Syeikh Uthman Sirajuddin An-Naqsyabandi (Thariqat An-Naqsyabandiyah )
  8. Syeikh Muhammad Na'im Al-Jailani Al-Asyarafi (Thariqat Al-Qadiriyah )
  9. Syeikh Muhammad Zaki Ad-Din Ibrahim (Thariqat Asyirah Muhammadyah)
  10. Syeikh Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki  dan
  11. Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim.

3.         Karier
3.1       Karier Beliau

  1. Terpilih sebagai Guru Besar sekaligus wakil Mufti pada Lembaga Fatwa di Libanon 1975 - 1982 M
  2. Imam Masjid di Hamilton Canada Amerika Utara 1982 -1986 M
  3. Pembimbing Spiritual (Murobi) pada 2 Masjid Bosnia dan Hamilton di Toronto, di samping pada berbagai Komuniti Muslim di Amerika Utara 1992 M
  4. Terpilih sebagai da'i kehormatan dan Penasihat umum dalam bidang hukum agama dan moral Islam di seluruh komuniti muslim di Amerika Utara.
  5. Diangkat sebagai khotib Besar di Masjid Agung di Beirut Libanon.
  6. Pensyarah Fikih Ushul Fikih di Universiti Al-Azhar.
  7. Penasihat dan Pembimbing spiritual Tasawwuf dan Studi Islam di Universiti Al Razi Malaysia.
  8. Da'i kehormatan negara-negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei, Japan dan lain-lain.
  9. Pimpinan Umum Persatuan Da'i Tasawuf internasional.
  10. Pakar bidang studi perbandingan antara fikih Hanafiah dan madzhab-mdzhab lain, serta pemikiran Islam

4.         Kalam Mutiara Syekh Yusuf

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "مَن استَسلم في البداية, أكرمه الله في النهاية".

Sesiapa yang menyerahkan urusannya kepada Allah SWT (tawakkal) pada permulaan suluknya, maka Allah SWT akan memuliakannya di penghujung suluknya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "من كانت بدايته مخرقة, كانت نهايته مشرقة".

Sesiapa yang mana permulaannya membakar-bakar atau menyala-nyala, maka penghujungnya akan terang benderang.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله :"البدايات تدل على النهايات".

Permulaan menunjukkan penghujungnya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "الصدق مع الله أقرب الطريق الى الله".

Kejujuran kepada Allah SWT merupakan jalan yang paling hampir untuk menuju Allah s.w.t..

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "الغفلة باب كل خطيئة والنفس باب كل ذلة".

Kelalaian itu pintu bagi segala kesalahan dan nafsu itu pintu bagi segala kehinaan.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "المريد ليس من انتسب الى شيخه ولكن المريد من انتسب شيخه اليه".

Seseorang murid yang hakiki itu bukanlah yang menisbahkan kepada gurunya, tetapi murid yang hakiki itu ialah, orang yang dinisbahkan akan gurunya kepadanya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "لأن أموت صادقا خير من أن أعيش كاذبا".

Sesungguhnya, kalau saya mati dalam keadaan jujur (kerana mempertahankan kebenaran) itu lebih baik daripada saya hidup dalam keadaan penuh tipu daya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "لا تتعلق بالعبادة لأن التعلق لا يكون إلا بالله".

Janganlah bergantung kepada ibadah, kerana ketergantungan tidak boleh kecuali hanya kepada Allah SWT

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "كم من منة أورثتك الندامة وكم من بكاء أورثتك السرور".

Berapa banyak kenikmatan yang membawa kepada penyesalan dan berapa banyak pula tangisan yang membawa kepada kegembiraan di penghujungnya.

5.         Referensi

Disadur dari berbagai sumber

6.         Chart Silsilah Sanad

Berikut ini chart silsilah sanad guru Syekh Yusuf bin Muhyidin Al-Hasani dapat dilihat DI SINI.


Artikel ini sebelumnya diedit tanggal 14 Juni 2022, dan terakhir diedit tanggal 13 September 2022.

 

Lokasi Terkait Beliau

    Belum ada lokasi untuk sekarang

List Lokasi Lainnya