Biografi Syaikh Mohammad Khalil Al-Khatib

 
Biografi Syaikh Mohammad Khalil Al-Khatib
Sumber Gambar: Syekh Mohammad Khalil Al-Khatib (foto ist)

Daftar Isi:

1.    Riwayat Hidup dan Keluarga
1.1  Lahir
1.2  Nasab
1.3  Riwayat Keluarga
1.4  Wafat

2.    Sanad Ilmu dan Pendidikan
2.1  Pendidikan
2.2  Guru-Guru

3.    Perjalanan Hidup dan Dakwah
3.1  Memimpin Madrasah Syazuliyyah Khalwatiyyah
3.2  Pengajar di Maahad Ahmadi

4.    Karya-Karya
5.    Referensi

1. Riwayat Hidup dan Keluarga

1.1  Lahir
Syaikh Mohammad Khalil Al-Khatib lahir di Desa Naidah, Markaz Akhmim, Muhafazah Suhaj, Mesir pada hari Selasa, 9 Mei 1909 (16 Safar 1327). Beliau merupakan anak tunggal kepada pasangan Sayyid Khalil dan Sayyidah Na'isah.

1.3 Nasab
Beliau merupakan Al 'Allamah Al-Muhaddith Al-Muhaqqiq Al-Faqih Al-Imam Al-Lughawi Sayyid Muhammad bin Khalil bin Muhammad bin Sayyid bin Ismail bin Ahmad Al Khatib bin Al-Tunajji bin Salim bin Salam bin Salam bin Sa’adullah bin Afandi Muhammad bin ‘Aliyu bin Al Bakri bin Ismail bin Muhammad bin Ismail bin Al-Qasim Al-Rassi bin Ibrahim Tobatoba bin Ismail bin Ibrahim Al-Fakhr bin Al-Hasan Al-Muthanna bin Imam Hasan Al-Sibt bin Amirul Mukminin Imam Ali dan Sayyidah Fatimah Azzahra binti Sayyiduna Muhammad Rasulullah SAW.

1.4 Keluarga
Beliau menikah dengan Sayyidah Aminah binti Abdul Rahman Al-Khatib ketika berusia 27 tahun dan dikaruniai 5 putra-putri yaitu:

  1. Sayyid Muhammad,
  2. Sayyid Mustafa,
  3. Sayyidah Mahmud,
  4. Sayyid Ahmad,
  5. Sayyid Iman.

1.2 Wafat
​Beliau wafat pada hari Jum'at, 21 Februari 1986 (12 Jamadil Akhir 1406) dalam usia 77 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Masjid Al-Muhafazah, Tanta. Semoga Allah meredhai beliau serta membalas jasa-jasa beliau dengan sebaik-baik pembalasan. Amin. 

2. Sanad Ilmu dan Pendidikan

2.1 Pendidikan
Syaikh Mohammad Khalil Al-Khatib muda menghafal Al-Qur'an semenjak kecil lagi dan berjaya menyelesaikan hafalannya ketika berusia 10 tahun. Setelah itu beliau mula menghafal sebagian besar matan-matan ilmu sebelum melanjutkan pelajaran di Maahad Suhaj Al Dini. Beliau berjaya menamatkan pengajiannya di Maahad tersebut dengan memperoleh Syahadah Ibtidaiyyah pada tahun 1924 (1342) ketika berusia 15 tahun.

Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah sehingga memperoleh Syahadah Thanawiyyah Azhariyyah pada tahun 1928 (1346) ketika berusia 19 tahun. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Al Azhar Al Syarif, Kaherah sehingga berjaya memperoleh ijazah Syahadah 'Alamiyyah pada tahun 1933 (1357) ketika berusia 24 tahun.

Kemuncaknya, beliau berjaya memperoleh Syahadah Takhassus (Ph.D) dalam bidang Bahasa Arab pada tahun 1936 (1354) ketika berusia 27 tahun.

2.2 Guru-Guru
Sayyid Muhammad Khalil al Khatib merupakan seorang faqih bermazhab Hanafi. Namun begitu, beliau juga seorang alim lagi faqih dalam mazhab yang empat. Sering kali dalam majlis pengajiannya, beliau akan menjawab persoalan mengenai fiqih dengan mengemukakan pandangan daripada setiap mazhab. Beliau melalui masyrab sufi iaitu Khalwatiyyah dan Syazuliyyah di bawah bimbingan lima orang guru mursyid. Mereka ialah :

  1. Sayyid Abdul Jawwad Al-Dumi, Syaikh Tariqat Khalwatiyyah,
  2. ​Sayyid Ali Daud, Syaikh Tariqat Syazuliyyah.
  3. Sayyid Mahmud Husain Syalabi.
  4. Sayyid Abdullah Saad.
  5. Sayyid Muhammad Al 'Aqqad, Syaikh Tariqat Syazuliyyah Fasiyyah Wafaiyyah.

3. Perjalanan Hidup dan Dakwah

3.1 Memimpin Madrasah Syazuliyyah Khalwatiyyah
Perkara ini beliau sebutkan dengan jelas di dalam kitabnya yang bertajuk Ithaful Akhyar bi Asohhil 'Aqoidi wal Azkar pada bab Sanad al Khatib. Beliau diizinkan untuk memimpin Madrasah Syazuliyyah Khalwatiyyah pada bulan Mac 1938 bersamaan bulan Muharam 1357 ketika berusia 30 tahun. Oleh yang demikian, beliau merupakan pengasas Tariqat Khatibiyyah Syazuliyyah Khalwatiyyah.

3.2 Pengajar di Maahad Ahmadi, Tanta
Selesai menamatkan pengajian di Al Azhar Al Syarif, beliau telah dilantik menjadi tenaga pengajar di Maahad Ahmadi, Tanta selama 30 tahun sebelum menjawat jawatan sebagai pensyarah Fakulti Usuluddin, Jabatan Dakwah di Universiti Al Azhar Al Syarif. Selain itu, beliau turut mengadakan majlis pengajian bertempat di Masjid Al Muhafazah, Tanta.

4. Karya-karya
Beliau mula aktif dalam bidang penulisan ketika masih menuntut di peringkat menengah lagi. Sepanjang usianya, beliau telah menghasilkan sebanyak 77 buah karya yang merangkumi bidang Tafsir, Hadis, Nahwu, Sorof, Balaghah, Sirah, Fiqih, Syair-syair Arab dan artikel-artikel semasa.

Kitab yang telah mengharumkan nama beliau di kalangan para ulama' bertajuk Ithaful Anam bi Khutob Rasulil Islam yang menghimpunkan sejumlah 574 khutbah-khutbah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dalam pelbagai perkara.

Beliau menghabiskan masa selama 15 tahun untuk menyiapkan kitab tersebut. Ini menggambarkan kepada kita tentang kesabaran dan ketelitian beliau bagi menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Beliau merupakan contoh terbaik sebagai penulis yang sabar, sasterawan yang kreatif serta pengkaji yang teliti.

6. Referensi

  1. Nafhatul Qabul fi Sirah Syair ar Rasul, Syeikhuna Sayyid Mahmud Bin Muhammad al Khatib al Hasani, terbitan tahun 1987.
  2. Ithaful Akhyar bi Asohhil 'Aqoidi wal Azkar, Imam Muhammad Khalil al Khatib al Hasani, halaman 11-13, terbitan tahun 2002.
  3. Al Qasasul Haq li Sayyidil Khalq, Imam Muhammad Khalil al Khatib, pada muqaddimah, terbitan tahun 2000.
  4. Gema Negeri Edisi Perdana, ruangan tokoh, Danial Farhan bin Dolmat, terbitan Badan Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir (BAKANS).

Sebelumnya artikel ini dibuat pada tanggal 11 Mei 2022 dan diedit dengan penyelarasan bahasa pada tanggal 21 Februari 2024 

 

Lokasi Terkait Beliau

    Belum ada lokasi untuk sekarang

List Lokasi Lainnya