Kota Tarim Adalah Syurga Dunia

 
Kota Tarim Adalah Syurga Dunia
Sumber Gambar: Foto ist

Laduni.ID, Jakarta – Tarim adalah nama sebuah kota di Hadramaut, Yaman. Kota sejuta para wali. Medan ilmu tempat lahirnya berbagai ulama-ulama hebat dunia keturunan Rasulullah SAW. Kota ini merupakan salah satu kota yang paling diberkahi karena merupakan tempat berkumpulnya wali-wali Allah SWT.

Keistimewaan lain dari kota Tarim ini adalah terdapat masjid yang jumlahnya sebanyak hari selama satu tahun yakni sebanyak 360 masjid. Tarim juga dikenal sebagai pusat tempat menuntut ilmu para alim ulama.

Kenapa Kota Tarim digelar sebagai syurga dunia? Kerana disebutkan nanti di syurga penghuninya sibuk dengan berzikir kepada Allah swt, sibuk dengan menziarahi saudara-saudaranya, sibuk kebersamaannya bersama sang kekasih Rasulullah saw. Sibuk dengan perkara-perkara kebaikkan yang mereka ada.

Maka begitulah Kota Tarim, yang setiap waktunya sibuk mendekati diri mereka dengan majlis-majlis ilmu. Tidak ada seharipun yang terlepas kecuali disitu majalis khair (kebaikkan) dibuat. Tidak sunyi dari berzikir kepada Allah swt. Dimana kita merasa begitu tenang dan selamat ketika berada didalamnya. Ketika kita disini, semua yang kita lihat adalah keluarga kita tanpa merasa sebarang perbezaan walaupun berasal dari berbagai daerah dan negara. SubhanAllah.

Pertanyaan yang biasa selalu ditanya adalah kenapa sedih ketika balik ke negara sendiri? Jawapannya ringkas, tidak ada siapa yang masuk kedalam syurga, kemudian ingin keluar darinya kerana pasti sakitnya apabila nikmat tersebut diambil kembali. Maka begitulah perasaan manusia yg merasai syurga tersebut, susah untuk melepaskan syurga yang telah mereka rasai.

Tapi ini adalah dunia, tempat kita bermujahadah untuk melepaskan semua karenaNya dan RasulNya Insha Allah nanti pasti akan dipertemukan lagi dengan syurga yang kekal abadi.


Editor: Nasirudin Latif